TENTANG MAHAR KURSUS


~ Artikel ini adalah jawapan apabila Anda bertanya "mengapa Program Keilmuan TERATAK DIMENSI HIKMAH kami harus menjelaskan yuran kursus?" - Sebelum semua kami bahas, ada satu hal yang ingin kami luruskan, iaitu bahawa “Anda tidak dipaksa” mengikuti Program Keilmuan TERATAK DIMENSI HIKMAH. Kalau Anda berniat mengikuti, maka ikutilah dengan lapang dada dan senang hati. Anda tidak harus membayar yuran apapun kalau Anda tidak ingin belajar program kami.

~ Yuran yang Anda bayarkan seharusnya diberikan dengan tulus ikhlas sebagai tanda terima kasih kepada Tuan Guru yang bersedia meluangkan waktu dan tenaganya untuk membimbing Anda. Setidaknya ada banyak faktor mengapa kami menetapkan yuran tertentu untuk boleh mendapatkan mengikuti Program Keilmuan TERATAK DIMENSI HIKMAH.

~ Mengganti wang keletihan / kelelahan dan waktu saya yang terpakai sebagai guru pembimbing spiritual anda selama pelatihan: baik sebelum pelatihan,saat pelatihan, mahupun sesudah pelatihan secara langsung mahupun jarak jauh via phone,email,mms,sms,surat dll.

~ Pembiayaan dengan jumlah sesuai nominal yang kami tentukan bukanlah dimaksudkan sebagai penjualan suatu ilmu, kerana saya berusaha dengan seikhlasnya untuk tidak bermaksud memperjualkan ilmu. Adapun pembiayaan tersebut tidak lain hanyalah sebagai wujud partisipasi anda untuk mengganti sebahagian dari dana ribuan ringgit yang saya keluarkan.

~ Sebahagian lagi sebagai pengganti bahan dan jasa bimbingan kami yang meliputi: waktu kami yang terpakai untuk membimbing anda,pengorbanan,pencarian dan usaha kami selama ini dalam mendapatkan dan mengolah ilmu tersebut yang meliputi waktu.

~ Saya juga rasa, kos yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu dibayar oleh mereka yang berminat untuk mendapatkan ilmu ini.

~ SEKIRANYA ANDA MEMANDANG DARI SUDUT KEWANGAN yang akan anda keluarkan maka ianya akan menjadi MAHAL tetapi cuba lihat dari sudut ILMU yang akan anda pelajari,dan manfaat yang akan anda perolehi, ianya tidak ternilai dengan wang ringgit.

~ Demikianlah penjelasan singkat tentang PROGRAM KEILMUAN TERATAK DIMENSI HIKMAH ini. Mohon maaf atas kekurangannya, kerana saya tidak lain hanyalah manusia belaka yang memiliki banyak kekurangan. Akhirnya, semoga anda dan saya serta kita semua mendapatkan keberkahan,keselamatan, dan ridho Allah dalam mempelajari dan menjalankan ilmu ini. Barokallahu lana wa lakum. Aamiin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan