PENGENALAN



Assalamualaikum.


Saya Mohamed Feerdaus membina blog TERATAK DIMENSI HIKMAH ini dengan tujuan untuk berbakti kepada semua lapisan masyarakat dengan berbekalkan Ilmu Hikmah yang telah saya pelajari dari beberapa Guru yang saya hormati,TERATAK DIMENSI HIKMAH ini merupakan pusat rawatan alternatif dan traditional,penganjuran kursus dan latihan serta membekal dan menjual produk kesihatan yang telah di daftarkan di SSM dengan no pendaftaran JM0659129-A

Setiap ayat dalam al-Qur’an memiliki daya penyembuh untuk penyakit tertentu. Tetapi yang ditekankan Rasulullah saw adalah beberapa surat dan ayat tertentu, seperti membaca al-Fatihah 7 kali, membaca ayat Kursi, dua ayat terakhir surat surat al-Baqarah, dan tiga surat terakhir al-Qur’an.


Anda juga boleh memilih ayat-ayat yang sesuai untuk mengobati penyakit Anda. Sebagai contoh, jika anda merasa gelisah, maka fokuskan pada bacaan surat asy-Syarh. "Dan jika Anda sakit kepala, maka bacalah ayat: ‘alau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.’ (al-Hasyr: 21)


Nabi saw membaca ta’awudz ratusan kali setiap hari. Beliau memohon kepada Allah untuk melindunginya dari berbagai hal buruk, termasuk penyakit. Kita juga sangat dianjurkan untuk membaca surat al-Falaq dan an-Nas setiap hari. Semoga Allah menjadikan al-Qur’an sebagai obat bagi kita dari setiap penyakit, lahir dan batin.


Wasalam

1 ulasan: